Friday

sakit









dan

dengan segala tipu muslihat
panahan cinta tika melihat 
bayanganmu yg berlalu sepantas kilat
janji manis, sumpah setia yg terpahat
kini yg tinggal cuma kelibat
yg hadir dan hilang tanpa menyempat

itu sadis.....


mana mahu aku campak cinta jika kau tiada ?
mana mahu aku meluah segala duka jika kau tiada?
mana mahu aku kongsi sakit derita jika kau tiada ?


mana ? 

:(

bisa kau jawab ini ?
bisa kau tanggung lara hati
jika si Manismu langgar sumpah setia 
sehidup semati ?

aku tidak mengerti mengapa 
bagai ada sumpah
yg dtg menuntut karma 
pada cinta lama
yg tinggal memori cuma 
antara kita 

kau tinggalkan 'kita'
satu ketika dahulu

ya
'kita' cuma dahulu
saat kau masih punyaku . 

Tuesday

tetap



dan dengan segala harapan
juga impian .....
lagu-lagu Country yg indah
membuat hati kian gundah
kian resah


entah kenapa
kebelakangan ini
keinginan untuk menjengah ke bumi NZ
kian membuak-buak

bukan sahaja NZ
namun mana-mana negara
selain Malaysia

saya mahu keluar dari negara ini
mahu bawa diri
mahu bawa hati
Blackberry boleh campak tepi
kunci kereta , kunci rumah beri pada abah
mahu deactivate Facebook dan Twitter
 dan kalau bisa....

mahu hilang ingatan
dan sedar kembali dgn free memory

buku merah , i/c , tiket sehala ke Christchurch
dan tak lupa

Cik Jane kesayangan

:')

sediakan semuanya
untuk lari dari mereka-mereka
yg selalu menyeksa
yg selalu bikin derita
mencalar onar dan duri
pada hati kecil saya ini :(

saya mahu pergi
dan takkan pernah mahu kembali

eternally .

Thursday

i'm bulletproof nothing to lose






saya sedang cuba bangkit
dari bergelut dgn kemelut 
yg tiada noktah 
sentiasa bertambah



----------------------------------------------------


straight A's bukan pengukur 
utk gagal atau berjaya
utk sedih atau bahagia 
utk miskin atau kaya 

ia cuma abjad

abjad pertama 
dalam susunan alphabet 

itu sahaja 
ya itu sahaja