Wednesday

sesak

dengan berkurung ungu 

harini ku harapkan lebih baik dari yg sebelumnya

awal pagi tadi 
perut memulas bagai ada yg tak kena 
mungkin tersalah makan agaknya 
getus aku di dalam hati 
mungkin lahh

handphone dicapai pantas
butang hijau ditekan apabila nama 'kak ita' keluar di screen 
setelah beberapa saat 
aku boleh menarik nafas lega 
harini cuti yay !
bebas dari drawer yg lembab terbuka apabila kad smiles di swipe
atau abang-abang polis yg miang
atau singaporean biadab yg datang mencuri minyak ron95
atau kesejukan yg melampau di dalam fridge sambil mengtag harga air coke / 100 plus 

perut yg pada awalnya memulas teruk
akhirnya bertukar ragam 
sihat serta-merta ! 
lalu semuanya bertukar agenda

kunci dicapai 
kereta dihidupkan 
mahu keluar 
untuk apa atau sebab apa ?
aku punya tiada sebab
nenek duduk diam di sebelah 
katanya dia wajib ada memandangkan skill memandu aku yg sgt merbahaya
had kelajuan yg tidak terkawal sgt membimbangkan dia

nenek cuba atur acara
kereta meluncur ke Bandar Baru Uda
kami kesana untuk mencari kotak-kotak kosong 

aku terus memandu 
dalam kesibukan jalan 
dgn jammed yg sana sini
sesak

sama macam hati ini juga
sesak 

  

dengar

dari hari itu 

kerap aku khabarkan pada semua 
aku mahu menjengah ke terengganu 

mengapa ?

aku rindu pantainya 
aku rindu laut luasnya 
aku rindu tenang yg ada di sana 

tuhan 
hanya Kamu sahaja yg tahu
betapa aku rindukan 
keluarga dan yg tersayang 

ya 
aku rindu :(

utk setiap nafas ini 
aku sentiasa berdoa 
tuhan
sakit yg ingin kau beri pada mereka 
pindahkanlah padaku

tak 
aku janji 
takkan sesekali aku merungut 
seperti yg biasa aku lakukan 
sebelum-sebelum ini 

aku janji 
aku tanggung semua sakit mereka
asalkan mereka tidak apa-apa


tak mengapa 
aku tanggung semua 
:')

tuhan 
kalau-kalau harini hari terakhir aku di bumiMu ini
berikanlah aku tanda
bukan utk aku khabarkan pada mereka

cuma

supaya aku sedar 
berapa lama lagi
masa yg tinggal
utk aku curahkan kasih yg ada 
utk mereka

itu pintaku , tuhan 



Monday

kata si juliet

bukan hari yg dihitung 

bukan jua tahun yg dikira 
aku tak mahu jumlahkan itu semua 

tak , tak mahu 

biar waktu berlalu 
biar kasih sayang antara kita infiniti tidak dapat dikira 
oleh kalkulator 350 atau 570 mahupun sempoa usang apek kedai runcit 

terima kasih atas sayang yg sudi dihulur 
terima kasih atas kasih yg sudi dikongsi 

sekeras mana hati wanita 
namun pasti ada lembutnya jua 
kan aku dah kata *jiwang nak mampus*
<pengaruh drama melayu>

atas sabar awak yg maha tinggi 
tunggu dan terus tunggu saya 
harap semuanya kekal 
hingga hembusan nafas saya yg terakhir 

bukan berjuta dollar yg saya mahu awk longgokkan 
bukan juga kereta mewah audi , BMW , alphard , mercedes yg saya harapkan 
atau banglo sebesar gudang ala-ala design eric leong baik punyelahh

cuma ,

harapnya awk boleh terima dan adapt dgn insan2 yg saya syg 
tak perlu saya listkan semuanya 
sbb saya tahu awk dah sedia maklum siapakah gerangan mereka 
:)

kalau boleh , saya nak potong tanah semenanjung ini
agar dipendekkan jarak antara saya dan awk
kita jauh 
beribu kilometer utk ketemu ,
cuma handphone dan laman web sosial yg membantu komunikasi antara kita 

saya angankan 
dapat duduk di tepi pantai berpasir mulus ,
lautnya biru ,jernih , kristal 
menyaksikan sunset 
sambil meneguk secawan horlick suam kegemaran saya
bersama awk 
beralaskan kain merah tanda cinta antara kita 
:)

*berangan*



 

Friday

dua kata

sejak kecil memang aku diajar jika mahukan apa-apa , perlu usaha . dlm life ada give and take . ya , sejak kecil . abah mak tak biasa longgokkan aku dgn luxury . mak abah biasakan kesederhanaan , jgn lebih jgn kurang . walau dulu kadang2 aku tak boleh accept kurang yg sikit tu and aku rebel semahu-mahunya , tapi kini aku dah sedar and mungkin faktor umur juga mempengaruhi semua ni . aku tak nafikan .


sekarang aku sedar dlm sederhana tu , hidup aku cukup lengkap . hinggalah 17 tahun ini . bukan satu tempoh yg singkat . anak gadis dah dewasa . terima kasih atas semuanya mak abah *peluk cium*

bukan kisah semalam yg perlu aku kenang-kenangkan . cuma yg perlu aku fokuskan kini ialah to have a good live afterwards . jatuh bangun kena pandai sendiri . tak perlu cling on people yg ada kat tepi aku , cuz i believe its not gonna work  .

since SPM is over , aku kena kerja keras to earn few bucks to fill in my pocket and i have to go through so many things before that . utk bbrp hari terawal ni , ya letih . tuhan saja yg tahu . *tarik nafas panjang*

hujung tahun pulang ke penang , sekarang mula berjinak dgn the sims . 

love ,
ciya