18 tahun yg lalu ,
suaramu sayup mendendangkan azan di cuping ini
saya tak mengerti apa waktu itu
yg saya tahu....
kamu insan istimewa
yg sgt menyayangi saya
:')
setahun kemudian dan tahun2 yg seterusnya
kamu sentiasa ada
bersama saya
kerna ibu terlalu sibuk
sangat sibuk
dengan kerja
semak akaun , cek tendang , customer bising pumpampumpam
OT , Exam naik pangkat dan semuanya
balik lewat
kamu teman saya
ajar saya bertatih
basuhkan berak , siapkan nestum , buatkan susu
balik kerja
saya yg pertama kamu cari
dahi saya kamu kucup penuh kasih
untungnya saya menjadi si sulung
perhatian sepenuhnya utk puteri yg satu ini
:')
zaman tadika
ramai kawan yg bawak basikal
roda tiga , roda dua
saya cemburu
sangat cemburu
sebab saya belum punya 'kenderaan' utk ke tadika
saya rebel
saya tak makan
saya mengamuk
sebab kamu naikkan saya van utk ke tadika
'no bicycle'
saya nangis semahu-mahunya
kawan-kawan show off
basikal pink , biru , kuning oren
ada flag
ada helmet kecik comel
sama warna dengan basikal dorg
dunia tak adil
huhhh sekecil itu saya sudah menyusahkan kamu ~
maafkan saya abah :'(
utk pujuk hati saya
kamu belikan juga
basikal tayar mati warna-warni
ada katun-katun
takda flag
tapi saya tetap suka
walaupun saya tak boleh kayuh ke tadika
sebab kamu kata bahaya
ramai org jahat
nanti amik saya dari kamu
jadi , deal :)
basikal roda empat itu
saya kayuh laju-laju
lumba dengan angah
usung ke rumah nenek
show off dekat cousin2
anak2 jiran
anak2 jiran nenek
anak2 jiran moyang
hari pertama sekolah
darjah satu
kamu amik cuti seminggu
untuk temankan puteri kamu
ke sekolah
hari pertama ,
semangatnya !
sampai di perhimpunan
baru kamu turunkan saya
yg dari td kamu tak penat dukung
dgn pinafore blue black
ribbon biru
pony tail
beg tarik , gambar barbie
botol air pink bermotifkan barbie tersangkut di leher
(semuanya barbie.. masa kecik saya memang sangat lah errrrrrr takpalah )
dan tahun demi tahun berlalu
hinggalah darjah tiga
kamu tetap dukung saya
----even dah form 1 pun abah still dukung saya tau :)----
kamu selalu bawak saya ke majlis-majlis ofis
dimana-mana hotel
saya mesti ada disisi
dipimpin tangan kecil ini
serapi-rapinya
takut saya melilau
sebab saya sangatlah tak boleh duduk diam
semua benda hendak dicuba
dicapai
haihhh~
kalau ada mana-mana uncle tanya
"what's ur name my dear ?"
mesti saya akan bangga sebut
"Nur Insyirah Azwa bt Ridwan "
full name woiii ;;p
sebab saya bangga nama kamu ada sekali
:')
oleh sebab saya suka ikut kamu ke majlis2 syarikat
maka kamu mula ajar saya
cara makan pakai spoon&fork dengan betul
kalau dah habis makan
silangkan
dan terbalikkan
kalau nak tambah
letak sudu dan garfu bersebelahan di belah kanan
ohh banyak saya dah lupa ~~~~~~~
tapi satu je
sampai sekarang
saya tak reti-reti
kalau pegang mmg jadi disaster atas meja makan
~~~~~pakai chopstick
oh sangatlah failed ya disitu ~
hahaha ok
terima kasih abah
untuk setiap kasih yg kamu tumpahkan utk diri ini
utk setiap syg yg kamu zahirkan selama ini
hanya yg di atas sahaja bisa membalas setiap cinta dan sayangmu ini
:')
selamat hari lahir yg ke-42 :)
semoga abah sihat selalu , dimurahkan rezeki dan dimakbulkan segala harapan dan impian
ameen ~~