Friday

sakit









dan

dengan segala tipu muslihat
panahan cinta tika melihat 
bayanganmu yg berlalu sepantas kilat
janji manis, sumpah setia yg terpahat
kini yg tinggal cuma kelibat
yg hadir dan hilang tanpa menyempat

itu sadis.....


mana mahu aku campak cinta jika kau tiada ?
mana mahu aku meluah segala duka jika kau tiada?
mana mahu aku kongsi sakit derita jika kau tiada ?


mana ? 

:(

bisa kau jawab ini ?
bisa kau tanggung lara hati
jika si Manismu langgar sumpah setia 
sehidup semati ?

aku tidak mengerti mengapa 
bagai ada sumpah
yg dtg menuntut karma 
pada cinta lama
yg tinggal memori cuma 
antara kita 

kau tinggalkan 'kita'
satu ketika dahulu

ya
'kita' cuma dahulu
saat kau masih punyaku . 

Tuesday

tetap



dan dengan segala harapan
juga impian .....
lagu-lagu Country yg indah
membuat hati kian gundah
kian resah


entah kenapa
kebelakangan ini
keinginan untuk menjengah ke bumi NZ
kian membuak-buak

bukan sahaja NZ
namun mana-mana negara
selain Malaysia

saya mahu keluar dari negara ini
mahu bawa diri
mahu bawa hati
Blackberry boleh campak tepi
kunci kereta , kunci rumah beri pada abah
mahu deactivate Facebook dan Twitter
 dan kalau bisa....

mahu hilang ingatan
dan sedar kembali dgn free memory

buku merah , i/c , tiket sehala ke Christchurch
dan tak lupa

Cik Jane kesayangan

:')

sediakan semuanya
untuk lari dari mereka-mereka
yg selalu menyeksa
yg selalu bikin derita
mencalar onar dan duri
pada hati kecil saya ini :(

saya mahu pergi
dan takkan pernah mahu kembali

eternally .

Thursday

i'm bulletproof nothing to lose






saya sedang cuba bangkit
dari bergelut dgn kemelut 
yg tiada noktah 
sentiasa bertambah



----------------------------------------------------


straight A's bukan pengukur 
utk gagal atau berjaya
utk sedih atau bahagia 
utk miskin atau kaya 

ia cuma abjad

abjad pertama 
dalam susunan alphabet 

itu sahaja 
ya itu sahaja 

Sunday

tadi pagi

berlepas dari johor bahru 
terbang tinggi jauh di atas

pulang rumah dgn seribu rasa
entah kenapa masih rasa pedih, perih 

dalam jentera gergasi , besi itu
mata tak henti mengalir 
air jernih 
hangat di pipi 
hati tak tenteram
mata lebam


langit nampak suram 
nampak kusam 
awan pecah-pecah
tak cantik macam selalu 
tiada bentuk love , bentuk org naik basikal 
cuma







pecah-pecah









kecil-kecil
semua tak bersatu 
semua nampak punah
semua nampak berkecai

mcm hati 

ya hati kecil aku 


takut
tak diterima 
apa yg sudah tercela
dek kerana rezeki yg tiada

mereka semua
menyalahkan aku semata
dan takdir

jika empunya diri bisa redha 
dengan setiap satu takdir yg tertulis buat dirinya 
mengapa tidak kamu semua ?

mengapa ?

mengapa mahu query 
apa yg tuhan tulis buat anak mu ini ?
mengapa kamu tidak bisa redha ?

kamu bikin saya rasa asing 
bikin saya rasa tak guna 
bikin saya rasa mahu pergi jauh 
jauh dari kamu semua
tinggalkan setiap satu insan yg saya terlalu sayang 
kamu bikin saya rasa sial sesial sialnya

ini pertama kali saya bikin kamu malu 
dan ini kali pertama saya lihat bagaimana kebencian
itu hadir utk saya

mak ayah 
saya tak mampu menanggung semua ini lagi
terlalu berat 
saya nak rehat 

rehat dari rasa serba salah ini
rehat dari rasa sedih ini
rehat dari segala kekecewaan ini
rehat dari segala ketidak-redhaan kalian ini


saya nak rehat 

Thursday

i got my result yesterday and things went unexpected . idk whether my expectation was too high or what but wtv it is i didn't reach the target , i mean my own target . i've made my parents get so disappointed :( i'm so sorry mak abah . i've tried my best and still the rezeki is not there . yes , people keep talking and asking . can all of u please back off and i'm not into any conversation with anybody about this result thingy .like seriously . so stop asking and stay away. nobody know how brokenhearted i am . my dreams were all shattered . this is life . i mean real life . i have to face it no matter how hard it is . now i learnt a lesson that hard works NOT ALL TIME PAYS OFF . not enough with the result stuffs and now i have to think what's next . ya Allah i'm not strong enough for this . i really-really do . this time , i give it all to you . you choose the best for me and i will just follow the path . that's all . no more expectations . i'm done this time. again , i'm sorry mak , abah . i love u both so much . i hope u both can be redha with this cuz i already am .

Wednesday

cuba



sepandai-pandai kita
yg di atas Maha Bijaksana

walau setinggi mana jawatanmu
walau sehebat mana professionmu

namun kamu tak punya hak
untuk menghina
memandang benci
mendabik dada

pada komuniti yg lebih rendah

bukan salah mereka
bukan salah ibu ayah
bukan salah takdir
bukan salah tuhan
bukan salah sesiapa

jadi kamu tidak punya hak
untuk mengata
walau secebis kata

kamu doktor
zaman kolejmu tak mudah
kamu belajar perkara-perkara payah
mendalami tubuh manusia
ubat-ubatan
semuanya komplikated
tersalah langkah
satu nyawa bisa melayang

kamu pula ?
oh engineer
mahasiswa dari institut terkemuka
mesin dan drawing makanan kamu semua
anugerah dekan kamu punya
ya kamulah segala-galanya


dan kamu ?
lawyer terkemuka di Malaysia
berhujah lantang di mahkamah itu
tersenyum puas
menang satu kes !
yg salah dibela
yg teraniaya meringkuk merana
kerna apa ?
kerna wang
tidak apa dosa menimbun
tahun depan boleh guna duit haram itu
menunaikan haji dan umrah
minta ampun sama tuhan

ini apa ?


kita mengungkap syahadah
tika solat yg lima itu

tapi kita
tak cuba perbaiki
buruk busuk hati ini
hina dina diri ini

jadi ?

Tuesday

patah



pernah rasa broken heart ?
pernah ?

selalu~~~~~~~~~~~~~


si adik yg dari tadi tak henti
memainkan melodi sadis nyanyian shila hamzah
buat hati rasa kena hiris
halus-halus
kecil-kecil


--------------------------------------------


ingin sekali
mengenakan sepasang jeans lusuh
shawl plain warna biru laut
kemeja stripe biru
bersinglet putih didalamnya

unbuttoned ~~~

dan tak lupa
sepasang vans merah
lekat di kaki~~~~


duduk beralaskan kerusi kayu tinggi
di pentas kecil
bersama cik guitar
hadiah abah utk ulangtahun yg ke-17 tahun lalu

memetik not-not rendah
mendendangkan lagu-lagu kegemaran
dgn penuh perasaan
melepaskan apa yg tersimpan


tak banyak
namun sedikit pasti bisa
meneutralkan pahit di hati ini
pasti ~


mungkin tak mampu
meluahkan apa yg terpendam melalui kata
dari mata ke mata
sama sesiapa
cuma bisa berkarya
karya lapuk , basi
puisi bodoh , hodoh
lagu-lagu noob dan lame
yg aku cuba tujukan untuk mereka-mereka
yg punya tempat penting
di hati ini
moga mereka mengerti



love,
ciya

Saturday

heaven is a place on Earth with you


just now , i logged in my facebook acc and i saw ishaq post his piano cover. it is so damnnn syiookkk wey ! and as usual the 'jiwang mode' suddenly activated :) the melodies , REALLY DO takes my heart away . thanks ishaq ! u made my day :)


there's nothing much about life so far . my weekend was sucks . i mean almost every weekend . me and my siblings feel so lifeless and boring since we are all day stuck in this house with nothing to do . reason ? my dad was too busy with his kapal launching yadda yadda and he is now staying at Lumut  . while my mum ? she's busy with her school stuffs and study matters . i can't blame them or any of us . i know its for us , for the whole family . they sacrificed a lot for our family financial and yes everyone must sacrifice something in  their family organisation including me . so , i take the role of taking care my siblings while my parents are not at home . i try to cheer them up by doing something interesting.(even i know they're not interested at all hahahaha........sarcasm) but at least i try .


just to tell you , i miss jb so much . 9 days left and i'm so excited about that :) i miss nenek and atuk so much and i miss the super-massive-traffic-jams in front of nenek's house every morning . hahaha  its unexplainable feelings actually . and of course another reason why i miss jb so much



these two girls :')

Friday

magis




jiwa membentak
hati kata taknak
kau faham tak ?

jatuh bangun memang selalu
tawa dan tangis
ahh ...
terlalu tragis..

bukan kudrat aku untuk
menegakkan apa yg bengkok
memaniskan apa yg pahit
menukar si derita kepada bahagia
dlm sekelip mata

tidak ..
itu bukan bidang kuasaku

jika ada mana-mana polan
ingin bikin kacau
ingin bikin pailang
biarkan sahaja..

ya biarkan .

tak usah amik kesah
tak usah diendah

soal future ?
jangan ambil pusing
sampai waktu
ambil slipnya
simpan rapi
terima takdir

cuma
ya memang ada
secebis rasa
ingin bikin emak dan apak bangga
mungkin kalau-kalau tuhan mahu tolong aku kali ini
tuliskan 9A atas kertas putih,nipis itu
aku tak minta ringgit malaysia
mahupun dollar amerika
cukup satu panggilan yg di dial
untuk sampaikan berita yg bisa buat mereka bangga

inshaAllah

Saturday

random

22/March/2012


the day
the scariest day for all of us (i mean refer to myself )

yes , i'm terrified .
really really do 

:(

i've made a small calender just like one when i was counting the days for spm . (but this time agak noob laa cuz i just use plain white paper hahahaaha....... k...) i was too nervous . yeahh , ticking days off the calender using different colors of magic pen is SO-NOT-HELPING-AT-ALL. It doesn't really help me much since i thought that those colors can help to reduce my anxiousness for counting the days . Unfortunately , it doesn't work , AT ALL .  so , damnit ! btw, the tickets are coming and thank God imma stay there for a week . why ticketS ? cuz it's for two ! fatimah sufia is coming along ! wuhuu ! i'm so excited cuz imma spend the whole solid week with her . xoxo , bestie :) and for sure imma introduce you to the big family , 5 Bijak . (if and only if sempat lah kannnn ...) and please don't be so malu-malu kucing with all my friends . haha 

k chiowww 


Monday

selamat hari lahir

18 tahun yg lalu ,

suaramu sayup mendendangkan azan di cuping ini
saya tak mengerti apa waktu itu
yg saya tahu....
kamu insan istimewa 
yg sgt menyayangi saya 

:')

setahun kemudian dan tahun2 yg seterusnya
kamu sentiasa ada 
bersama saya 
kerna ibu terlalu sibuk
sangat sibuk
dengan kerja
semak akaun , cek tendang , customer bising pumpampumpam
OT , Exam naik pangkat dan semuanya
balik lewat 


kamu teman saya 
ajar saya bertatih 
basuhkan berak , siapkan nestum , buatkan susu 
balik kerja 
saya yg pertama kamu cari 
dahi saya kamu kucup penuh kasih 
untungnya saya menjadi si sulung 
perhatian sepenuhnya utk puteri yg satu ini 
:')

zaman tadika 
ramai kawan yg bawak basikal 
roda tiga , roda dua 
saya cemburu 
sangat cemburu 
sebab saya belum punya 'kenderaan' utk ke tadika 
saya rebel 
saya tak makan
saya mengamuk
sebab kamu naikkan saya van utk ke tadika

'no bicycle'

saya nangis semahu-mahunya
kawan-kawan show off 
basikal pink , biru , kuning oren
ada flag 
ada helmet kecik comel 
sama warna dengan basikal dorg 

dunia tak adil 

huhhh sekecil itu saya sudah menyusahkan kamu ~

maafkan saya abah :'(

utk pujuk hati saya
kamu belikan juga 
basikal tayar mati warna-warni
ada katun-katun
takda flag 
tapi saya tetap suka 
walaupun saya tak boleh kayuh ke tadika 
sebab kamu kata bahaya 
ramai org jahat 
nanti amik saya dari kamu

jadi , deal :)

basikal roda empat itu 
saya kayuh laju-laju
lumba dengan angah
usung ke rumah nenek
show off dekat cousin2 
anak2 jiran
anak2 jiran nenek
anak2 jiran moyang 

hari pertama sekolah 
darjah satu 
kamu amik cuti seminggu 
untuk temankan puteri kamu
ke sekolah
hari pertama ,
semangatnya !

sampai di perhimpunan
baru kamu turunkan saya
yg dari td kamu tak penat dukung 
dgn pinafore blue black 
ribbon biru
pony tail 
beg tarik , gambar barbie 
botol air pink bermotifkan barbie tersangkut di leher
(semuanya barbie.. masa kecik saya memang sangat lah errrrrrr takpalah )

dan tahun demi tahun berlalu 
hinggalah darjah tiga
kamu tetap dukung saya 


----even dah form 1 pun abah still dukung saya tau :)----

kamu selalu bawak saya ke majlis-majlis ofis
dimana-mana hotel
saya mesti ada disisi 
dipimpin tangan kecil ini
serapi-rapinya
takut saya melilau 
sebab saya sangatlah tak boleh duduk diam
semua benda hendak dicuba
dicapai
haihhh~

kalau ada mana-mana uncle tanya 

"what's ur name my dear ?"

mesti saya akan bangga sebut 

"Nur Insyirah Azwa bt Ridwan "

full name woiii ;;p
sebab saya bangga nama kamu ada sekali 

:')

oleh sebab saya suka ikut kamu ke majlis2 syarikat
maka kamu mula ajar saya
cara makan pakai spoon&fork dengan betul 
kalau dah habis makan
silangkan
dan terbalikkan
kalau nak tambah
letak sudu dan garfu bersebelahan di belah kanan 

ohh banyak saya dah lupa ~~~~~~~

tapi satu je 
sampai sekarang 
saya tak reti-reti
kalau pegang mmg jadi disaster atas meja makan

~~~~~pakai chopstick


oh sangatlah failed ya disitu ~
hahaha ok

terima kasih abah 
untuk setiap kasih yg kamu tumpahkan utk diri ini 
utk setiap syg yg kamu zahirkan selama ini
hanya yg di atas sahaja bisa membalas setiap cinta dan sayangmu ini 

:')

selamat hari lahir yg ke-42 :)
semoga abah sihat selalu , dimurahkan rezeki dan dimakbulkan segala harapan dan impian 

ameen ~~


Friday

cik sakura in monochrome


cehh title bajet mcm album kak ida kat pesbuk ;p









hujan renyai


secret - one republic , sayup-sayup di corong stereo


sakura pink dan putih 


jatuh-jatuh


atas kepala akak USM 


yg berkejaran 


masuk ke kelas (terlambat agaknya....)


dan


abg-abg mekanik 


yg sibuk bertukang sana sini


tang tung tangg


angah dan saya 


bertungkus lumus mencari si sakura 


yg belum tercela 


kelopak masih cantik , bersih 


lalu.....


muncul pakcik tua memandu Kelisa 


berhenti tepi


melihat gelagat kami(usah hiraukannnn)HAHA


saya jatuh cinta 


sama cik sakura


yg sangat.....


COMEL ! hihi


tapi sayangnya 


awak bukanlah sakura yg sebenar 


tapi takpee .


awak tetap cantik di mata saya :)


selamat musim luruh cik sakura 


i HEART you <3 

Wednesday

siapa taknak ?

Siapa taknak bangun lambat balik lewat party rocking esok takyah gi class keluar masuk suka hati kondominium mewah di tengah2 kesibukkan kota Paris atau Bandar metropolitan New York ?

Siapa taknak pergi kuliah atau balik rumah abah or pergi shopping mall naik Volkswagen Beetle atau paling lekeh Mini Cooper merah menyala ?

Siapa taknak ada satu bilik penuh dgn dress-dress labuh warna-warni , tops mahal-mahal , handbag mcm-mcm bentuk , heels , boots , pumped , flats , gladiators , rantai labuh , rantai pendek , bangles , rings , shawls , mafela ,earrings and semua tu kita punya sendiri ?

Siapa taknak atas meja solek penuh barang-barang dari M.A.C , estee lauder atau paling tidak moisturizer Dior-pakai-tumpah2-pun-tak kesah-punyelah ?

Siapa taknak tiap hari lepak setabak lama-lama , belanja classmates atau makan TGIF everyday time lunch order takyah tgk harga try semua makanan ?

Siapa taknak ada credit card yg takde limit and boleh guna sepuas hati shopping sana-sini takyah tunggu time sale and hujung bulan bil disettlekan mak ayah ?

Siapa taknak bbm guna Blackberry Torch sambil tweet guna iphone 4s atau set reminder guna galaxy note , paling tak pun update status facebook via Ipad ?

Siapa taknak turun dari kereta sambil memakai sepasang heels 5 inches ribuan ringgit , maxi skirt electric colour dipadankan dengan top ratusan ringgit sambil shades di kepala bajet oh-panasnya-malaysia dan diperhatikan public ?

Siapa taknak semua tu ?
Saya nak. Sangat.




Saturday

dear ALLAH .....

recently , things that kept playing in my mind is about my future . hell yeahh . futureeeeee . it sucks when a girl who loves wacky things , lunatic , aimless , loves party rocking (hehehehe) NEED TO THINK ABOUT HER FUTURE .


HER FUTURE . (haha its not cool at all to refer myself as the third person :P)
okay 

MY FUTUREEEEEE 

*sighing*

i don't know whether it is crucial or not to think about it cuz me never prepared myself for those college thingy . i don't know which course should i choose . yes i do loves engineering . i adore my dad . but ever since my family especially my parents forbid me from taking that kind of course due to some issues that they had brought up before this (yeah we had a big conference before and tell you what , i don't have a strong reason to rebut all their points, then i rest my case T_T) , so i ends up by just keep it myself . only Allah knows it , what is playing in my mind currently and what is my heart craving for . 

talking about what course should i pick , i'm very very sure that most of us will choose the best for ourselves kan ? yeahh , no doubt . same goes to me. sometime i think that , i've done my best for Mr.SPM last November but i know that there are a lot of peeps that had done BETTER than my so-called-best . the only things that i must do right now is , 

waiting for the miracles to happen  ..........


DEAR ALLAH ,

i'm 18 years old girl came from the third planet of yours , Earth . i live in Malaysia and students here were FORCED and TRAINED to live in a very hectic life compared to other students from other countries . we must pass our public exams in order to grab the best course in varsity and it was said if we got straight A's then we gonna have a promising future . so dear ALLAH , i know during my senior year in high school , i behave like zexrctyvyubunui . i played too much but don't you think that we all should enjoy our days that time ? we're too young to think about future and life and money and marriage and kids and sport cars and a bungalow and jobs and everything . but now i realize without a good result , u're nothing . and i regretted it already. if and only if i studied harder and smarter for my Physics then i think my regrets-level would not be this much . Please dear ALLAH , for this time i'm begging you . make it real for me . you know it well right , that my dreams is to fulfill my parent's dreams. from the deepest , i'm hoping that you gonna gimme all A's in my exam slip this March even i know i'm way not deserve it . but please , just for this time and i promise you i'm gonna study harder afterwards , i promise you . Just , gimme a second chance , please :(

with loves and hopes ,

ciya

Thursday

hujan

utk pertama kalinya

saya memandu di bawah langit tuhan 
yg tak henti-henti memuntahkan air jernihnya 

sayup kedengaran suara si Katherine McPhee
mendendangkan Terrified buat hati rasa tenang 
volume yg sengaja kutukar rendah 
menambahkan feeling ketika memandu dalam keadaan itu 

tangan lincah menukar gear rendah
apabila tayar kereta mula mencecah tanah 
di jalan gila-sempit-tapi-cepat-sampai-osemmm-:) di Kg Tok Bedu

dedahan pokok-pokok gergasi di sepanjang jalan itu
membantu penglihatanku yg kabur sebentar tadi 
menjadi lebih jelas sekaligus menambahkan lagi mood romantis 


ahhhhh sukanya kalau hari-hari macam ni :)

dalam sibuk melayan perasaan 

tiba-tiba.........

simpang masuk ke sekolah mak 
sudah berada betul-betul di kanan bahu jalan

bencinya ! 
nak lama lagi !

*hentak-hantak kepala kat stereng*

haha psycho 

konklusinya
saya dah jumpa
satu lagi benda yg saya sangat cinta

memandu dalam hujan sambil ditemani cik Katherine atau cik Rihana atau si cantik Adele atau cik Yuna (Deeper Conversation..... hehe )  

:)


survivor

far away

saya rasa jauh
jauh dari realiti
tapi saya bukan dalam fantasi

saya cuma tak tahu
saya kat mana

saya rasa kosong

ya

kosong sangat

saya rasa
saya umpama seorang gadis
yang lehernya diikat
dengan tali kapal yang sangatlah berat
besar
tergantung di puncak
bangunan tinggi
sebagai contoh di malaysia
KLCC

*ketawa sebab rasa contoh tu bodoh*

hidung mengalir darah
celah kaki dibasahi cecair merah yang sama
umpama si ibu yang keguguran

berbaju putih yg longgar
tapi penuh
dengan percikan merah si darah


its unexplainable

..........................

saya rasa dunia kosong
saya rasa saya jauh daripada family
bestie , kawan 

saya rasa mcm

i'm the only survivor in this fucking world

ya
from the deepest

mmg ini yg saya rasa

ya Allah,
kuatkan hati kecil saya

Wednesday

sekolah #2


si gila yg sentiasa ada
thru thick and thin
walau kadang
mulut pakai lepas
annoying gila tahap dewa

rindunya :')

rindu nak meniru time exam (even SPM pun ;p)
rindu nak makan suap2 dekat astaka
rindu nak cabut sekolah sampai kena kejar dgn makcik kantin aspuri
rindu nak gi tusyen lambat sampai kena sound dengan amoi Omega yg gila hot sexy vadavaaass

bila nak buat semua tu lagi ?
rinduu lah T_T



muka mintak penyepak
terbaik dari rabiatul
TROLOLOLOLO
orangnya very loud
tapi sangat fragile

menganjing org cukup teror
dah mcm terrorist
ahak ahak

byk persamaan antara saya dan dia

clothing
opinion tentang sistem pendidikan , sistem pentadbiran , sistem pertahanan (politik kotor)
dannnnnnnnnnnn

first love yg tak menjadi
sbb tu saya faham dia , dia faham saya
banyak benda
kami sama-sama suka


Nisaeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee !
teringin nak jerit nama tu dari toilet dorm D
sbb takut nak gi kencing malam-malam buta kul 12
sbb ada hantu sweet yang digempar-gempurkan
menghantui dorm D

*ketawa sambil nangis*

deskmate saya sejak form 4
dan telah menjadi dorm mate saya utk beberapa bulan


ponteng kelas sebab sangat lah letih bila tghari
nak mengadap subjek agama yg gila boring
nasib baik ada nisa . hikhik

kongsi makanan
kongsi baju
kongsi katil
kongsi buku

kongsi boyfriend ?
(mampus aku kena tendang dgn perempuan ni :D )

rindu perempuan-perempuan saya
nt kita jumpa ya :')

sekolah #1









kalau ditanya 
bangun pagi tadi 
apa yg paling saya rindu
tak perlu omong
beberapa keping yg di atas menerangkan semua

*rindu sgt*


-----pejam mata------

bayangkan keadaan kelas pada pagi rabu
seperti kebiasaannya
perhimpunan yg gila lama
ucapan Cg Rosli yg berjela-jela

"satu murid , satu sukan "

dan

deretan prefects yg membentuk satu path 
mengiringi kami ke kelas
wajah bengis Puan Kalthom 
menanti di laluan keluar 
bersedia utk menarik mana-mana pelajar
yg tak berkenan di matanya

ahhh, rindunya :')








mereka siapa ?
aspurians 
yg ini pun rindu setengah mati juga :')

saat minggu-minggu getir 
saat rejim SPM mula menyerang
saat paper-paper killer menyesakkan kepala

atau 

lebih mudah 

saat penentu masa depan tiba , mula dan berakhir

mereka peneman setia 
bersama siang malam
berhempas pulas
tak tidor 
tak makan
tak mandi
bergelut dengan kalkulator , kertas , pen , buku-buku tebal , nota-nota
semata-mata demi 

Encik SPM 

yg kejam 
yg meyeksakan
yg tak berperikemanusiaan
yg merengsakan

...............................




ini pula ?
ayu @ Nur Hidayah
kenapa panggil dia ayu ?
padahal tak ayu langsung
*ketawa guling-guling* 

bermulanya minggu SPM 
maka
saya dan dia sikit pun tak pernah berenggang
siang malam
sama-sama
sampaikan katil dia pun saya conquer :P
mandi pun sekali 
sambil nyanyi-nyanyi di toilet sebelah
sambil menghafal faktap-faktap kimia

oh saya cinta kimia 

saya rindu semuanya

Fadz , Niesa , Rabiatul ---------- to be continue 


Saturday

LOVE

malam dingin

menusuk ke tulang 


*tarik nafas*

rindunya :')

tangan cuba menulis 
kisah cinta saya dan awak

tapi beku
tak bergerak

saya takda lagu cinta mcm si Yuna
saya takda puisi-puisi seindah Rendra
saya takda filem box office tangkap jiwang sehebat Sharad Shahan
saya takda novel fast selling seperti Anis Ayuni

tapi saya ada hati
ada cinta
ada rindu
untuk awak 

hati ini bukan milikku lagi 
eh tetiba yuna ahak !

selamat malam 


 

Wednesday

happy wednesday morning





another morning
another wednesday

with a smile on my face :)

alhamdulillah ku panjatkan pada Illahi
utk satu lagi hari
di bumiNya ini