Sunday

liku

semakin dekat spm , aku harapkan semua berjalan lancar . aku taknak ada yg jdik distraction utk aku .

buat malaikat gojes aku, sekarang aku dah tak pandai buat kau rasa senang hati . aku tau . maafkan aku . sekarang aku banyak sakitkan hati kau . suddenly i became useless . im so sorry . aku syg kau cuma aku sendiri hidup tak berlampu . maafkan aku . 

dalam hidup ni , aku biasakan diri aku berdikari . dalam tempoh aku membiasakan diri , macam2 benda aku belajar . terlalu banyak . sampai satu tahap aku akhirnya jatuh . kali ni aku cuba bangun . bangun dari kemelut ni dgn sendiri . sakit , memang sakit . semua benda aku buat tak menjadi , semua benda aku cakap kadang2 takde point . aku selalu berbual kosong . sbb kadang aku rasa macam relieve bila berbual benda yg semuanya bahagia semata . tapi aku tahu , sakit menanti aku di hujung jalan sana . 

aku cakap macam ni bukan atas nama give up . tak , aku tak give up . aku cuba untuk tak okay ? :( kalau org nampak aku cuba berbual gebang , tu namanya aku cuba nak sedapkan hati aku . aku cuba berlagak okay even dalam hati , rabak teruk . 

tipulah kalau kata kita akan senyum sentiasa . mesti ada pahit juga kita akan rasa . tekak aku dah sakit , sakit kena sumbat dengan mcm2 benda . tapi untuk beberapa bulan ni , tuhan kasi aku ubat . ubat yg bila aku betul2 rasa tak mampu nak teruskan hari , dia ada . terima kasih awk . 

buat abah dan mak , hanya yg di atas tahu betapa aku rindu mereka . hanya yg di atas tahu betapa aku sygkan mereka dan hanya di atas yg tahu betapa aku rasa bertuah ada mereka sebagai ibu bapa . terima kasih , mak abah . 

love ,
ciya   

pewarna

sebagai seorang pelajar tahun akhir di sekolah menengah , kesibukan tu mmg makanan kita semua . kelas tusyen , kelas tambahan , homework etc terlalu banyak nak difikirkan . siapa tak bimbang . ini soal future . bapak aku bukan datuk mana nak tanggung aku sampai dia mati .


semuanya berjalan seperti biasa sekarang . cuma ,ada sedikit perubahan , aku ada rumah baru . tempat baru . ramai kawan , ramai lawan . tk dengar dah nenek bebel tiap2 pagi . aku sekarang lebih matang , aku taktau kenapa aku rasa mcm tu . tp memang . sekarang aku rasa makin dewasa . mungkin faktor umur . alhamdulillah . umur aku dah genap tujuh belas tanggal 26082011 haritu . terima kasih tuhan atas angka umur yang kau berikan . 

masih lagi rasa bersyukur atas kemudahan yang tuhan kurniakan kepada aku . sekarang hubungan aku dgn ibu dan bapa saudara semakin memulih . alhamdulillah tiada mendakan dendam dalam kantung hati ni . aku redha atas kekhilafan kami semua dahulu dan aku sgt bersyukur kerana tuhan permudahkan semua ni utk aku . terima kasih ya Allah . 

semakin meningkat usia ini , aku belajar utk memaafkan semua org . soal kawan2 yg membenci aku , aku takde masalah  . antara kita rasanya semuanya dah terungkai . semuanya dah selesai . walaupun kita mungkin tk boleh baik seperti dahulu , tp kawan ingatlah , saya tidak berdendam dengan awk semua kerana kita semua pernah akrab suatu masa dahulu . tidak mungkin saya boleh membenci awak semua seumur hidup saya . saya bukan pendendam . 

buat mereka yang kini menyinari hari2 saya dengan gelak tawa , lawak jenaka yg tah hapa2 awak semua tu , saya sgt berterima kasih  . utk setiap satunya , saya berasa sgt bahagia bersama awk semua . untuk ibu ayah adik2 dan nenek pula , terima kasih atas dorongan dan kata2 semangat buat diri ini . walau apa pun yg terjadi , kalian tidak pernah jemu berada di sisi . semua dtg beri bimbingan . hanya Allah dpt membalas kasih sayang kalian terhadap saya . 

saya sayang abah :')





ibu 





acik dan angah





kecil berapi , adik