bukan hari yg dihitung
bukan jua tahun yg dikira
aku tak mahu jumlahkan itu semua
tak , tak mahu
biar waktu berlalu
biar kasih sayang antara kita infiniti tidak dapat dikira
oleh kalkulator 350 atau 570 mahupun sempoa usang apek kedai runcit
terima kasih atas sayang yg sudi dihulur
terima kasih atas kasih yg sudi dikongsi
sekeras mana hati wanita
namun pasti ada lembutnya jua
kan aku dah kata *jiwang nak mampus*
<pengaruh drama melayu>
atas sabar awak yg maha tinggi
tunggu dan terus tunggu saya
harap semuanya kekal
hingga hembusan nafas saya yg terakhir
bukan berjuta dollar yg saya mahu awk longgokkan
bukan juga kereta mewah audi , BMW , alphard , mercedes yg saya harapkan
atau banglo sebesar gudang ala-ala design eric leong baik punyelahh
cuma ,
harapnya awk boleh terima dan adapt dgn insan2 yg saya syg
tak perlu saya listkan semuanya
sbb saya tahu awk dah sedia maklum siapakah gerangan mereka
:)
kalau boleh , saya nak potong tanah semenanjung ini
agar dipendekkan jarak antara saya dan awk
kita jauh
beribu kilometer utk ketemu ,
cuma handphone dan laman web sosial yg membantu komunikasi antara kita
saya angankan
dapat duduk di tepi pantai berpasir mulus ,
lautnya biru ,jernih , kristal
menyaksikan sunset
sambil meneguk secawan horlick suam kegemaran saya
bersama awk
beralaskan kain merah tanda cinta antara kita
:)
*berangan*
0 kritikan:
Post a Comment