Wednesday

cuba



sepandai-pandai kita
yg di atas Maha Bijaksana

walau setinggi mana jawatanmu
walau sehebat mana professionmu

namun kamu tak punya hak
untuk menghina
memandang benci
mendabik dada

pada komuniti yg lebih rendah

bukan salah mereka
bukan salah ibu ayah
bukan salah takdir
bukan salah tuhan
bukan salah sesiapa

jadi kamu tidak punya hak
untuk mengata
walau secebis kata

kamu doktor
zaman kolejmu tak mudah
kamu belajar perkara-perkara payah
mendalami tubuh manusia
ubat-ubatan
semuanya komplikated
tersalah langkah
satu nyawa bisa melayang

kamu pula ?
oh engineer
mahasiswa dari institut terkemuka
mesin dan drawing makanan kamu semua
anugerah dekan kamu punya
ya kamulah segala-galanya


dan kamu ?
lawyer terkemuka di Malaysia
berhujah lantang di mahkamah itu
tersenyum puas
menang satu kes !
yg salah dibela
yg teraniaya meringkuk merana
kerna apa ?
kerna wang
tidak apa dosa menimbun
tahun depan boleh guna duit haram itu
menunaikan haji dan umrah
minta ampun sama tuhan

ini apa ?


kita mengungkap syahadah
tika solat yg lima itu

tapi kita
tak cuba perbaiki
buruk busuk hati ini
hina dina diri ini

jadi ?

0 kritikan: