Sunday

hello melaka !

di pagi jumaat lalu yang hening lagi sunyi ,

kring,kring .

aku ; ye ? sape ?
maklong : eh , engkau baru bangun tido eh ? aje le engkau ni .*dengan loghat muarnya.
aku ; cuti . nak rehatkan tubuh badan . agar cergas .
maklong ; udah le engkau . tak kuase aku nak layan . cepat siap . jap lagi kitorang sampai . ikot aku balek muo.
aku; muar ? aje je maklong ni ! *eh ,ter-loghat muar tetiba.
maklong ; dah cepat ! tet .. tet ..

aku yang baru bangun tido serta belom bersarapan , lantas lincah bangun ke bilik air dan mandi . huu.. balik muar ! yeyeay ! balik muar ! *excited tetiba .


sesampai di muar , nampak tok ayang , makndak salwa , pakndak suhaizam,raihanah, aqila, wafiq, maktam, paktam, mira, sumayyah, su jannah , tokde ,tok tam dan kerabatnya lah. tak larat nak hingat . yang pasti , meriah i tell you !



malam tu , kami semua bertolak ke melaka . nak pergi rumah pak lil kot kalau tak silap . biodata pak lil ni , dia baru berkahwin dengan cik ina . cantik orangnya .*pak lil pon ensem . keturunan arab lah katakan . mereka baru mendirikan rumah tangga selama tiga bulan . baru lagi . baby pon tak dapat lagi . *pak lil, bila lagi ?haha. doa selamat pon dibaca. lepas makan makan, maklong cakap malam tu tido rumah mak ngah . ye ! ramainya mak mak . tak larat nak ngafal .


sampai kat rumah makngah , terpegun gila ! atas bukit . cantik ! tapi takde foto dapat di abadikan . maaf ! tentang mak ngah pulak , dia cikgu , isteri kepada pak ngah , masih maintain cantik , ibu kepada 4 orang cahaya mata, ;fuhsan , muiz , mariam dan mastura .fuhsan dan muiz ni boleh dikategorikan sebagai abang abang la memandangkan mereka berdua lebih tua daripada aku . manakala mariam dan mastura pula muda daripada aku . so , aku ni akak akak la ? no ! tak rela tua!



pagi sabtu , kami semua beramai ramai terus bertolak ke MELAKA WONDERLAND . masok masok , SERONOK ! perkataan ni je yang mampu keluar .






 hello melaka wonderland ! bersedia untuk diterokai oleh kami kami semua !






yang mengangkat tangan ala ala tunku abdul rahman tu ,maklong aku . beliau lah yang bertanggungjawab memberi aku makan minum dan segala lah . sayang maklong !



eh fusan !sabo le kalau ye pon .amik le gambo dulu . *cakap ala ala orang muar .





terujaaaaa lah awak ! tengok tengok dah macam orang gilaa nak serbu kedai ais krim je kan ?







                     awak awak , tadi kan bendealah pink ni pelok kita tau ! sukeeeeee !







                                  hanya terkinja kinja saja yang kami mampu . seronokkkk !





                            woii , lambat lagi ke ha ? aku dah tak mampu menunggu ni !





                                      gaya ala ala model yang tak bertauliah .






                           tempat budak budak . orang dewasa di atas . yeay ! seronokk !





       babai wonderland . nanti kita ajak mak abah kita datang sini yea !kita janji !



p/s; dah penat . dah penat . at least, terubat sakit di dada .



love,
ciya ridwann

0 kritikan: