Wednesday

sesak

dengan berkurung ungu 

harini ku harapkan lebih baik dari yg sebelumnya

awal pagi tadi 
perut memulas bagai ada yg tak kena 
mungkin tersalah makan agaknya 
getus aku di dalam hati 
mungkin lahh

handphone dicapai pantas
butang hijau ditekan apabila nama 'kak ita' keluar di screen 
setelah beberapa saat 
aku boleh menarik nafas lega 
harini cuti yay !
bebas dari drawer yg lembab terbuka apabila kad smiles di swipe
atau abang-abang polis yg miang
atau singaporean biadab yg datang mencuri minyak ron95
atau kesejukan yg melampau di dalam fridge sambil mengtag harga air coke / 100 plus 

perut yg pada awalnya memulas teruk
akhirnya bertukar ragam 
sihat serta-merta ! 
lalu semuanya bertukar agenda

kunci dicapai 
kereta dihidupkan 
mahu keluar 
untuk apa atau sebab apa ?
aku punya tiada sebab
nenek duduk diam di sebelah 
katanya dia wajib ada memandangkan skill memandu aku yg sgt merbahaya
had kelajuan yg tidak terkawal sgt membimbangkan dia

nenek cuba atur acara
kereta meluncur ke Bandar Baru Uda
kami kesana untuk mencari kotak-kotak kosong 

aku terus memandu 
dalam kesibukan jalan 
dgn jammed yg sana sini
sesak

sama macam hati ini juga
sesak 

  

0 kritikan: